Friday, May 14, 2010

How to jaga bateri laptop

Bateri notebook kebanyakkan menggunakan lithium-ion bateri. Begitu juga dengan enpon, ipod dan banyak lagi lah gadget yang menggunakan bateri jenis ini. Sifat bateri ini yang kecil tetapi lebih superior daripada nickel-cad bateri, low-maintenance menjadikan ia pilihan utama pengeluar untuk digunakan dalam produk mereka.

Simple Guidelines

  • Elakkan menggunakan laptop sehingga bateri drain out sampai habis. Dan elakkan juga daripada mengecas bateri sehingga 100%. Sifat bateri lithium-ion yang bebas daripada memory effect tidak akan merosakkan bateri jika kerap di cas.
  • Simpan bateri dalam keadaan suhu yang sejuk. Jika tidak digunakan pastikan bateri berada pada paras cas tidak kurang daripada 40%. Jangan simpan bateri dalam keadaan suhu yang panas. (contoh dalam kereta)
  • Kalau rasa rajin, cabutlah bateri itu jika menggunakan power adapter.
  • Elakkan membeli bateri spare jika bertujuan untuk digunakan kemudian hari. Perhatikan tarikh pengeluaran. Jangan beli stok lama, walaupon murah kerana jangka hayat bateri adalah berkadar terus dengan usia bukan penggunaan eh.

No comments:

Post a Comment