Monday, May 17, 2010

Blue screen yang menggangu emosi...

Server : HP Proliant DL380 G6
RAM : 4GB
Hard Drive : 3 x 146 (RAId 5)
OS : Windows Server 2003 R2 SP2

Problem : Blue screen

***Hardware Malfunction***
Call your hardware vendor for support
*** The system halted ***

Symptoms :

Petang tadi boss dengan nada bengangnya call mintak aku baca email segera. Manalah aku nak korek internet dekat hutan tuh lama sudah kawe unsuscribe celcom berukband.

Sebenarnya ada problem dengan IFC@ server yang aku install kelmarin. Macam biasa masalah 'blue screen'. Wondering gak aku. Yang pasti aku dah buat sebaik mungkin mengikut SOP daripada HP. Tercabar jugak rasanya benda ni boleh menggugat kredebiliti aku nih ghehe

Diperingkat awal lagi server ini sudah menujukkan masalah pada RAID controllernya. Aku terpaksa menukar cache dan bateri kerana controller gagal mengesan kehadiran hard drive.

OS windows 2003 sempat gak aku update begitu juga dengan kasperksy AV, semuanya yang terkini. Apalagi yang tak kena ni??? what went wrong ehh??

Aku suspek 2 perkara :

1. Firmware : aku tak sempat nak update latest firmware untuk BIOS and all the controller. According to ifca engineer masalah ini berlaku ketika mereka sedang mengupdate windows untuk SQL update. So maybe ada masalah dengan I/O.

2. Transportation : Server aku hantar ke HQ ifc@ di PEnang. Mungkin sewaktu penghantaran berlaku hentakan yang kuat menyebabkan hard drive rosak. Silap aku gak sebab nak jimat cos terpaksa masukkan sekali dalam server. Sepatutnya aku asingkan kotak hard drive.

Solution : tukar motherboard (controller problem) or reload balik OS(bad sector)

Aku juz mintak kerjasama engineer ifc@ utk log report ke HP. Hopefully tomorrow semuanya akan berjalan lancar. Amin Ya Allah

Update : 19/5/10
Ramalan ku benar berlaku. HP engineer found there is problem with I/O controller. So kena tukar motherboard. Period.

No comments:

Post a Comment